Statistik


View My Stats

Sunday, October 16, 2011

SURAH TAHA (AYAT 1- 5) PELEMBUT HATI DAN PENDINDING DIRI.

Surah Taha adalah surah yang ke 20, juzuk 16. Surah yang baik untuk melembut hati yang keras terutama sekali dibacakan kepada ahli keluarga yang keras hati, malas dan degil untuk beribadat kepada Allah SWT. Boleh diamalkan sebagai ayat pendinding diri. Ayat 1 hingga 5 yang dibaca oleh Saidina Umar Al-Khattab r.a yang pada masa dan ketika itu belum lagi memeluk Agama Islam, tersentuh hatinya dan beliau terus memeluk agama Islam pada hari itu juga dihadapan Nabi Muhammad SAW.

Beliau seorang yang berani semasa kafir dan bertambah berani sesudah beriman. Sifat berani dan garang sehingga iblis atau syaitan pun tidak berani melintas dihadapan beliau lari lintang pukang jika bersua dengan Saidina Umar, inikan pula kita yang lemah semangat.

Semasa Nabi Muhammad s.a.w. mula menyebarkan Islam secara terang-terangan, Saidina Umar mempertahankan ajaran tradisi masyarakat Quraisy. Saidina Umar ialah antara orang yang paling kuat menentang Islam pada masa itu.

Menurut ahli sejarah Islam, semasa Saidina Umar dalam perjalanan untuk membunuh Rasulullah s.a.w., beliau bertembung dengan seseorang yang mengatakan bahawa beliau haruslah membunuh adik perempuannya dahulu memandangkan adiknya telah memeluk Islam.

Saidina Umar pergi ke rumah adiknya dan mendapati adiknya sedang membaca Al-Quran. Dalam keadaan yang marah dan kecewa beliau memukul adiknya. Apabila melihat adiknya berdarah, beliau meminta maaf dan sebagai balasan beliau akan membaca secebis ayat Al Quran kepada adiknya. Beliau berasa terharu apabila membaca dan mendengar ayat-ayat Al Quran yang begitu indah sehinggakan beliau memeluk Islam pada hari itu juga. Itulah kelebihan Surah Taha yang dibaca oleh beliau.

Selepas peristiwa terbabit, beliau berjanji akan melindungi Islam sehingga ke titisan darah terakhir. Dia menjadi khalifah kedua Islam pada 23 Ogos (633-644) bersamaan 22 Jamadilakhir tahun 13 Hijrah dan merupakan salah satu khalifah di dalam Khulafa al-Rasyidun.

Sebuah hadith dari Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa Rasulullah SAW berkata:
"Apabila Umar memeluk Islam, Jibril pun datang dan berkata: "Ya Muhammad, sesungguhnya seluruh makhluk langit bergembira dengan islamnya Umar"
Setelah memeluk Islam, Rasulullah SAW telah mengelarnya sebagai Al-Faruq kerana dapat membezakan di antara perkara yang benar dan bathil. Ketika ditanya oleh para sahabat bagaimana dia mendapat gelaran tersebut, Saidina Umar menjawab : "Pada suatu hari, Aku bertanya kepada Rasulullah SAW : "Ya Rasulullah SAW, adakah kita dalam kebenaran ?"

Jawab Rasulullah SAW: "Benar"

Aku berkata lagi: "Kenapakah kita beribadah secara sembunyi ?"

Kemudian kami masuk ke Masjidil Haram membuat dua syaf, satu saya dan satu lagi Saidina Hamzah (berjemaah). Maka semua orang KAFIR Quraisy melihat ke arah kami berdua dengan perasaan yang sangat marah yang tidak pernah mereka terjadi sebelum ini, lalu Rasulullah SAW mengelarkan aku Al-Faruq!

Dengan islamnya Umar, maka umat Islam yang sebelum itu sentiasa ketakutan menjadi kuat. Mereka telah berani solat secara terang-terangan di BaitulLah khususnya setelah peristiwa di atas. Di samping itu juga, orang Quraisy juga tidak berani menganggu orang Islam yang sedang beribadah kerana takut kepada Umar.


Terjemahan Ayat 1 - 5 (Surah Taha).
  1. Taa. Haa.
  2. Kami tidak menurunkan A-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
  3. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut yang melanggar perintah Allah.
  4. Al-Quran diturunkan dari tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
  5. Ia-itu Allah Ar-Rahmaan,yang bersemayam diatas 'Arasy.
Bacaan Untuk Anak/Suami Yang Degil Yang Tak Mahu Solat
Baca doa ini 3 x dan dihembuskan semasa anak/suami anda sedang tidur pada hidungnya semasa ia sedang menarik nafas masuk. Lakukan sekurang-kurangnya 7 malam semasa anak /suami sedang tidur nyenyak. InsyaAllah...


Wasallam.

RAWATAN ISLAM, CARA MENGHINDARI JIN/SIHIR

Dalam Islam dikenal ‘RUQIYAH’, yaitu upaya untuk mengusir jin dan segala macam gangguannya dengan membacakan ayat-ayat Al-Quran Al-Kariem. Bagi jin yang mengganggu dan jahat, bacaan Al-Quran terutama pada ayat tertentu- yang dibaca dengan baik dan benar oleh orang yang shalil dan bersih imannya, akan sangat ditakuti. Mereka akan merasakan panas yang membakar dan pergi.

AYAT-AYAT RUQIYAH YANG ADA DI DALAM AL QURAN

Al-Fatihah
Seluruhnya

Al-Baqarah
1 hingga 5

Al-Baqarah
102

Al-Baqarah
163 hingga 164

Al-Baqarah (ayat Qursy)
255

Al-Baqarah
285 hingga 286

Ali-Imran
18 hingga 19

Al-'Araf
54 hingga 56

Al-'Araf
117 hingga 122

Yunus
81 hingga 82

Toha
69

Al-Mukminun
115 hingga 118

As-Soffaat
1 hingga 10

Al-Ahqaaf
29 hingga 32

Ar-Rahman
33 hingga 36

Al-Hasyr
21 hingga 24

Al-Jin
1 hingga 9

Al-Ikhlas

Al-Falaq

An-Naas

Untuk membaca Al Quran sambil mendengar sila buka fail Ayat Ruqyah yang mengandungi ayat-ayat Al Quran penuh di atas bagi FAIL MP3 RUQYAH1.
Jika tidak dapat baca tulisan ayat Quran pada MS Word tersebut sila install fail "Quran in Word" dulu.
Khasiat Ayat Ini :-
Simptom atau kesan yang mungkin terjadi selepas mendengar bacaan ayat-ayat Ruqyah ini,

1) denyutan jantung makin kencang

2) badan bergegar

3) ada benda bergerak-gerak bawah kulit

4) mengantuk/menguap

5) batuk

6) gelisah

7) panas di tengkuk

Selepas mendengar ayat ini, InsyaAllah dapat menghalau jin yang berada dalam tubuh kita. Penjelasannya adalah mudah, jin yang berada dalam tubuh kita akan bergerak melalui saluran darah kita,ayat-ayat ruqyah syariah ini pula amat mustajab dalam menyakiti mereka, lalu mereka akan kucar-kacir dalam darah kita lalu menyebabkan degupan jantung kita bertambah kencang.

Bagi pesakit-pesakit sihir pula, jin dalam badan akan membuatkan kita mengantuk apabila mendengar mp3 ruqyah syariah ini. Dan bagi kes saka, kita akan terasa panas ditengkuk.

Dengan mendegar mp3 ini, InsyaAllah mampu menyembuhkan penyakit - penyakit misteri antaranya :-

- Fikiran runsing/jiwa gelisah

- Menyembuhkan penyakit histeria, sihir dan saka

- Mengusir jin didalam badan, rumah dan premis perniagaan

- Ketengangan dalam rumahtangga

- Menyembuhkan anak-anak yang menangis malam

- Penambat kasih sayang antara anak dan ibubapa

- Anak-anak mudah mendengar kata orang tua

- Menguatkan hafalan dan pembelajaran

- Membuatkan minda lebih positif dan fokus terhadap kerja dan pembelajaran

- Membersihkan aura diri dan menyahkan energi-energi negatif dari badan

Cara Menggunakan Mp3 Ini :

RUQYAH MP3 ini amat bagus diperdengarkan 3 kali sehari bagi mereka yang mengalami pelbagai penyakit gangguan jin, kerana fadhilat ayat2 tersebut amat mustajab bagi mengusir jin2 jahat/sihir serta memagar diri kita. Selain itu pesakit juga kena baca banyak-banyak dalam hati tak kira masa dan tempat zikir 'THO HA' (surah taha ayat 1). Kesannya semasa membaca zikir itu adalah perut akan terasa mual dan seterusnya sendawa…Ini petanda segala jin-jin dalam tubuh kita beransur-ansur keluar…InsyaAllah..

Cara Khusus Untuk Tujuan Tertentu :-
1) Bagi kesihatan diri dan keluarga,pasangkan cd/mp3 ini didalam rumah/premis perniagaan 3x sehari atau pasangkan dari malam sampai pagi (auto repeat).

2) Bagi pesakit gangguan jin, dilarang memasangnya didalam kereta, kesannya akan mengakibatkan kita mengantuk dan mengganggu pemanduan.

3) Bagi anak-anak yang menangis di waktu malam,anda perlu pasangkan dengan kuat, InsyaAllah jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda.

4) Untuk merawat histeria, sihir, saka dan lambat jodoh, sediakan 3 botol besar air mineral, buka penutupnya dan pasangkan cd/mp3 ruqyah ni 3round sebelah air tadi (kira-kira 1jam 20minit). Air tadi dibuat minum seteguk untuk 3x sehari dan lakukan hari berikutnya sehingga air tadi habis. Tiap-tiap lepas solat perlu baca qursy 3x dan al insyirah 3x secara istiqomah. Kemudian sebelah malamnya pula, cd/mp3 ruqyah ini hendaklah dipasang dari malam sampai pagi selama sebulan.

5) Bagi memulihkan rumah/premis perniagaan yang bermasalah, cuma pasangkan 3x sehari untuk 3hari berturut-turut.

6) Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat, perdengarkan cd/mp3 ruqyah ini 3x sehari, InsyaAllah kita akan cergas dan kembali bersemangat.

*PERHATIAN

SEMUANYA ADALAH DARIPADA ALLAH, HANYA ALLAH YANG BERKUASA ATAS SEGALA-GALANYA. KITA HANYA BERUSAHA HANYA ALLAH YANG MENYEMBUHNYA. DARIPADA ALLAH KITA DATANG DAN KEPADA ALLAH KITA KEMBALI AMIN YA RABBAL 'ALAMIN.

Sila Klik di bawah utk Muat Turun Rawatan Islam

4shared.com /file/200011942/fa7c59e4/Rawatan_Islam.html

Sebarkanlah kepada yg memerlukan sama2 lah kita berkongsi apa yg baik bagi memanjangkan pahala yg bakal dibawa ke akhirat nanti.

Wednesday, June 1, 2011

Cerut

Aku berjumpa seseorg berstatus dato hari ni.bukan main lawa lagi hisap cerut depan aku.x perasan cerut jenama ape tapi yang pasti mesti mahal. tak heran sebab cerut biasenya dihisap oleh orang-orang berada apatah lagi yang berstatus dato,tan sri,dato seri. so cerut juga berkait rapat dengan GAYA bila sang dato berkereta mewah bertali leher pekena cendol hotel bertaraf lima bintang berbicara bisnes sambil memetik habuk cerut!bajet..

macho kan saye bile hisap cerut.tergoda tak?

Memang tak dinafikan harga 1 batang cerut boleh mencecah RM50 - RM200, malahan beribu pun ada!kalau aku lah,apatah lagi rakan indon yang keje kontrak tuh. xde maknenye nak berabis duit sampai 50 hengget pastu dapat sebatang, baik aku layan sampoerna hijau atau surya/jebeng janji lambat habis dan layan..

Sedikit info tentang cerut ini ialah yang terbaik datangnye dari Havana CUBA. tembakau digentel dan digulung terbaik menggunakan tangan.nah macam seni buat kuih lepat pisang ade isi dan cara lipatnye yang tersendiri.

Harus diingat entry kali ini bukanlah aku menyokong anda2 semua supaya menghisap cerut.

Wednesday, May 18, 2011

Lemau

hari ini aku sangat lemau.dgn erti kata lain.tidak produktif, duduk termangu mengadap komputer, entah apa.semalam tido awal.bangun pagi td pun awal..hurm nampaknye aku perlukan secawan nescafe buih.urghhhhhhhhhhhh!!

Tuesday, May 17, 2011

BILA TIDAK BEKERJA

hari ni cuti. hari wesak. maka bercutilah. mcm biasa kalau esok cuti je mlmnye mesti tido lewat.pagi-ipagi begini sudah semestinya aku akan ke mamak menikmati kopi sachet sambil membelek surat khabar.


Monday, November 22, 2010

WORLD CONGRESS

Baru2 ni tempat aku keje ade advertise iklan berkenaan 1st World Congress & Exhibition Infrastructure Asset Management (INFRAASSETS). oklah aku review skit congress ni tentang ape k. setakat yg aku tau la.xtau lah korang biase x tentang kongres2 nih.sbenarnya aku pun x bape nk amik pot bende2 cmni shingga lah aku masuk keje kt tmpt ni.WMIT Professional Center SB.so tepakse la aku amik tau gk tntang congress2 dan conference2 yg telah, sedang & akan di adakan diatas muke bumi ni khusus nye d Malaysia. baru2 ni contohnya International Greentech & Eco Products Exhibition & Conference MALAYSIA singkatannya IGEM.pendekkan citer Congress ni bertemakan TEKNOLOGI HIJAU.klu korang duk area KL (sgai besi) ade lg billboard besor bapok (slank tengganu k,jgn salah paham) kt tepi UPM tuh.conference ni abes da 14-17 Oktober yg lalu.


Ok semua!kite pegi ke contoh kedua : World Congress of Accountants 2010.ha yg ni mmg popular lah.dah yg kali ke bape aku xtau lah.speakers je sampai seratus lebih temasuklah Gabenor Bank Negare kite.korang leh review website kt sini ye wcoakualalumpur2010. Peserta2 plak dtg dari seluruh pelusuk dunia apatah lg tanah air kite.dgr citer sampai 7ribu org dtg as a delegate.kebiasaannya klu congress2 yg besor bapok ni mesti x sempurna klu xde EXHIBITION dalam B.Melayu : Pameran lah.so dekat sini lah bapak2 dan ibu2 khususnye yg bergelar accountant dari merata dunia berkumpul temasuklah golongan profesional x kire lah ape background diorg (engineer, academician, programmer,dll).


so bebalik pade congress INFRAASSETS. akan diadakan di PWTC, Kuala Lumpur pade 22-24 Febuari 2011 (Tahun depan).Ringkasannya seperti berikut:

INFRAASSETS terdiri daripada dua program utama iaitu Pembentangan Kertas Kerja dan Pameran Produk yang mengutarakan isu-isu dan penyelesaian strategik pengurusan, penyelenggaraan dan pembaikan aset. Ianya merangkumi tema-tema berikut:-

  • Bisnes dan Ekonomi
  • Perakaunan dan Piawaian Pelaporan
  • Governans
  • Pembangunan dan Pengurusan Sumber Manusia
  • Audit
  • Pengurusan Risiko/Kehilangan
  • Pengawasan Kesihatan
  • Pengurusan Integriti
  • Penyelenggaraan, Pembaikan dan Pemuliharaan
  • Pengurusan dan Teknologi Malkumat
  • Amalan Global
  • Kajian Kes dan Projek

    Gambar : Iklan & Artikel di NSTP pada 19 November 2010 (sila klik pada gambar untuk baca!)

    Klu korang nk tau lagi.....:
    Infrastruktur fizikal merupakan pelaburan utama sesebuah negara semenjak beberapa generasi. Pada masa kini di peringkat global, kos untuk penggantian infrastruktur awam sahaja bernilai lebih kurang 20 trillion US Dollars (BANYAK TU..). Sementara itu, kos untuk infrastruktur persendirian termasuk stok perumahan berkali ganda lebih daripada nilai tersebut. Sebagai kunci dan pemangkin kestabilan ekonomi dan kualiti hidup, pengurusan dan penyelenggaraan aset infrastruktur adalah sama pentingnya dengan pembangunan aset itu sendiri. Sekarang satu demi satu kerajaan dari berbagai negara, termasuk Malaysia, mulai melabur dalam industri baru ini.
  • Dan yang paling best : Kerajaan Negeri dan Persekutuan merupakan pemilik aset infrastruktur, utiliti dan bangunan awam terbesar dengan nilai bertrillion Ringgit.
  • Kesimpulannya pade aku lah : tepat pade masenye INFRAASSETS ni diadekan d Malaysia buat julung kalinye.Korang boleh dtg dan dgr Leader2 dr seluruh dunia dtg kongsi citer,idea2 dan jln penyelesaian terbaik bagaimana untuk menyelenggara asset yg bernilai Trillion RM dgn care yg EFISIEN!!(jimatkan kos paling penting)
  • UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA LAYARI : www.infraassets.com
ehem =)!so amik peluang keemasan ni sementara congress ini dadakan d Malaysia.esok2 klu dah buat kt Dubai ke Hong Kong ke lg betambah lak kosnye.jgn malu2 ntuk call saye di talian : +60127255383 / hadi@infraassets.com

Thursday, November 18, 2010

aku x marah..nasihat!!

dah lame x bercerpen...

kerane kesibukan kerja...

tuntutan rumah tangga (ade ke?..tuntutan?kene ke ayat ni)klu x kene.u all tolong lah betulkan..

hidup seperti biase, Alhamdulilah..syukur..

ok citer anak lah.org da ade anak:)Ungku Amir Ziqri>2-3 mgu yg lepas agk meresahkan, kesihatan x bape ok.2 mgu demam berlarutan.mcm2 ubat : antibiotik.sume x jln.berat badan turun mendadak.tidur mlm x lena.shingga d suatu hari jiran sebelah mengadu domba ank beliau yg baru berusia 5 bulan suspek denggi dan dtahan d wad.

Terus cargas hantar anak cek d Hospital Serdang.sorry!! Hospital Serdang amat menjengkelkan.indah dr segi rupe je.ambil darah sampai 3x,mane belajar?KKM??tgu sampai 5 jam.layanan yg teruk.Doktor yg boleh dikategorikan BINJAI!kenape aku berkate demikian?.

OK aku citer 1 per 1 :
1) sesampai d hospital amik no kategori x bape emergency!
2) nurse A pgil untuk amik darah untuk buat test.denggi atau x.Nurse A x boleh buat panggil kawan (Nurse B) sbb x nmpak urat kt tgn.ok fine.
3)Nurse B pun xleh buat (amik darah-sample) dr tgn.so decide amik kt kaki (ank dah melalak sbb cucuk kt tgn td,darah x kuar).
4)ok amik kt kaki.kuar jugaklah...then hantar sample ke lab.
5)tgu 5 jam baru dpt masuk.dgn hati yg bedebar nk tahu result.(denggi ke x)
6)masuk jumpe doktor bongok ckp.darah yg dambil td X CUKUP!kena amik sekali lg..
7)telinga mule merah.................redha seketika dgn ape yg berlaku, ok kali ni aku nk tgk Doktor pulak yg amik darah.ayat terpacul "OK saye cube amik" Doktor BINJAI ckp>kalian igt anak aku spesimen ke nk test2..Doktor BINJAI x leh buat.pgil doktor lain.aduh sesak dade aku tahan marah!!

akhirnya Doktor B berjaya.tgu lgi sejam untuk dptkan result..alhamdulillah result:negatif denggi..Doktor2 di klinik Hospital Serdang-muda2.korang pikirlah.bukan aku sorg.kesian tgk keadaan sekeliling.budak2 yg patutnye ddahulukan dibiarkan tgu sampai berjam2.mcm mane?kaunter aduan duk duduk bersahaj apabila d tanya.come on bro org sakitlah!!do something lah...~AKU X MARAH!!AKU NASIHAT je...huh (ggrrrrr)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More