Statistik


View My Stats

Sunday, May 2, 2010

AWAS H1N1 KINI MENULAR SEMULA DI MALAYSIA

Kegiatan homoseksual, onani mudah terdedah jangkitan

KUALA LUMPUR: Kegiatan homoseksual dan onani perlu dielakkan kerana ia langkah pencegahan yang boleh diambil seseorang bagi mengelakkan jangkitan Influenza A (H1N1), kata seorang pengamal terapi pelengkap, Dr V M Palaniappan.

Katanya, apabila seseorang itu terbabit dalam kegiatan itu, tubuh seseorang lelaki atau wanita akan menghasilkan geseran haba yang mengeluarkan asid menyebabkan peningkatan keasidan dalam tubuh dan boleh menjadi sasaran mudah bagi jangkitan H1N1.

Bagaimanapun, hubungan kelamin yang normal antara pasangan berlainan jenis adalah selamat.

Dr Palaniappan yang juga bekas Profesor Madya Ekologi di Universiti Malaya sudah mengarang beberapa buku dalam bidang terapi pelengkap dipanggil sistem penyembuhan secara ekologi.

Sepanjang 33 tahun kajiannya mendapati kadar keasidan tinggi dalam tubuh menyebabkan daya tahan tubuh akan hilang dan seterusnya mudah terdedah kepada jangkitan virus seperti Influenza A (H1N1).

Oleh itu, bagi mencegah keasidan itu, perlu untuk mengambil makanan dan minuman beralkali bagi meneutralkan lebihan asid dalam badan.

Beliau mengesyorkan supaya orang ramai mengambil minuman beralkali seperti air kelapa yang boleh digunakan sebagai ubatan herba bagi mencegah H1N1.

Menurutnya, sebagai contoh, mereka yang demam dan mengalami rasa bahang ketika membuang air kerana keasidan yang melampau boleh dineutralkan dengan meminum air kelapa dua kali sehari selama tiga hari.

Beliau juga mengesyorkan buah limau, lemon dan limau bali walaupun ia mengandungi asid sitrik tetapi masih kaya dengan potasium yang boleh menghasilkan urin beralkali yang tidak mengganggu ketahanan badan. – Bernama

Dr Palaniappan berkata, kegiatan jasmani yang berlebihan seperti larian maraton perlu dielakkan kerana ia menghasilkan asid disebabkan kegiatan metabolik berlebihan.

Begitu juga dengan berjaga sehingga lewat malam tanpa tidur secukupnya dan bekerja tanpa rehat secukupnya boleh meningkatkan keasidan badan yang akan menurunkan ketahanan dan menyebabkan tubuh badan mudah terdedah kepada serangan virus.

Dr Palaniappan mempunyai laman blog di http://ecohealingsystem.blogspot.com/ yang membincangkan terapi itu secara lebih mendalam. – Bernama

Sumber : myMETRO Rabu, 12 Ogos 2009

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More