Statistik


View My Stats

Sunday, October 16, 2011

SURAH TAHA (AYAT 1- 5) PELEMBUT HATI DAN PENDINDING DIRI.

Surah Taha adalah surah yang ke 20, juzuk 16. Surah yang baik untuk melembut hati yang keras terutama sekali dibacakan kepada ahli keluarga yang keras hati, malas dan degil untuk beribadat kepada Allah SWT. Boleh diamalkan sebagai ayat pendinding diri. Ayat 1 hingga 5 yang dibaca oleh Saidina Umar Al-Khattab r.a yang pada masa dan ketika itu belum lagi memeluk Agama Islam, tersentuh hatinya dan beliau terus memeluk agama Islam pada hari itu juga dihadapan Nabi Muhammad SAW.

Beliau seorang yang berani semasa kafir dan bertambah berani sesudah beriman. Sifat berani dan garang sehingga iblis atau syaitan pun tidak berani melintas dihadapan beliau lari lintang pukang jika bersua dengan Saidina Umar, inikan pula kita yang lemah semangat.

Semasa Nabi Muhammad s.a.w. mula menyebarkan Islam secara terang-terangan, Saidina Umar mempertahankan ajaran tradisi masyarakat Quraisy. Saidina Umar ialah antara orang yang paling kuat menentang Islam pada masa itu.

Menurut ahli sejarah Islam, semasa Saidina Umar dalam perjalanan untuk membunuh Rasulullah s.a.w., beliau bertembung dengan seseorang yang mengatakan bahawa beliau haruslah membunuh adik perempuannya dahulu memandangkan adiknya telah memeluk Islam.

Saidina Umar pergi ke rumah adiknya dan mendapati adiknya sedang membaca Al-Quran. Dalam keadaan yang marah dan kecewa beliau memukul adiknya. Apabila melihat adiknya berdarah, beliau meminta maaf dan sebagai balasan beliau akan membaca secebis ayat Al Quran kepada adiknya. Beliau berasa terharu apabila membaca dan mendengar ayat-ayat Al Quran yang begitu indah sehinggakan beliau memeluk Islam pada hari itu juga. Itulah kelebihan Surah Taha yang dibaca oleh beliau.

Selepas peristiwa terbabit, beliau berjanji akan melindungi Islam sehingga ke titisan darah terakhir. Dia menjadi khalifah kedua Islam pada 23 Ogos (633-644) bersamaan 22 Jamadilakhir tahun 13 Hijrah dan merupakan salah satu khalifah di dalam Khulafa al-Rasyidun.

Sebuah hadith dari Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa Rasulullah SAW berkata:
"Apabila Umar memeluk Islam, Jibril pun datang dan berkata: "Ya Muhammad, sesungguhnya seluruh makhluk langit bergembira dengan islamnya Umar"
Setelah memeluk Islam, Rasulullah SAW telah mengelarnya sebagai Al-Faruq kerana dapat membezakan di antara perkara yang benar dan bathil. Ketika ditanya oleh para sahabat bagaimana dia mendapat gelaran tersebut, Saidina Umar menjawab : "Pada suatu hari, Aku bertanya kepada Rasulullah SAW : "Ya Rasulullah SAW, adakah kita dalam kebenaran ?"

Jawab Rasulullah SAW: "Benar"

Aku berkata lagi: "Kenapakah kita beribadah secara sembunyi ?"

Kemudian kami masuk ke Masjidil Haram membuat dua syaf, satu saya dan satu lagi Saidina Hamzah (berjemaah). Maka semua orang KAFIR Quraisy melihat ke arah kami berdua dengan perasaan yang sangat marah yang tidak pernah mereka terjadi sebelum ini, lalu Rasulullah SAW mengelarkan aku Al-Faruq!

Dengan islamnya Umar, maka umat Islam yang sebelum itu sentiasa ketakutan menjadi kuat. Mereka telah berani solat secara terang-terangan di BaitulLah khususnya setelah peristiwa di atas. Di samping itu juga, orang Quraisy juga tidak berani menganggu orang Islam yang sedang beribadah kerana takut kepada Umar.


Terjemahan Ayat 1 - 5 (Surah Taha).
  1. Taa. Haa.
  2. Kami tidak menurunkan A-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
  3. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut yang melanggar perintah Allah.
  4. Al-Quran diturunkan dari tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
  5. Ia-itu Allah Ar-Rahmaan,yang bersemayam diatas 'Arasy.
Bacaan Untuk Anak/Suami Yang Degil Yang Tak Mahu Solat
Baca doa ini 3 x dan dihembuskan semasa anak/suami anda sedang tidur pada hidungnya semasa ia sedang menarik nafas masuk. Lakukan sekurang-kurangnya 7 malam semasa anak /suami sedang tidur nyenyak. InsyaAllah...


Wasallam.

RAWATAN ISLAM, CARA MENGHINDARI JIN/SIHIR

Dalam Islam dikenal ‘RUQIYAH’, yaitu upaya untuk mengusir jin dan segala macam gangguannya dengan membacakan ayat-ayat Al-Quran Al-Kariem. Bagi jin yang mengganggu dan jahat, bacaan Al-Quran terutama pada ayat tertentu- yang dibaca dengan baik dan benar oleh orang yang shalil dan bersih imannya, akan sangat ditakuti. Mereka akan merasakan panas yang membakar dan pergi.

AYAT-AYAT RUQIYAH YANG ADA DI DALAM AL QURAN

Al-Fatihah
Seluruhnya

Al-Baqarah
1 hingga 5

Al-Baqarah
102

Al-Baqarah
163 hingga 164

Al-Baqarah (ayat Qursy)
255

Al-Baqarah
285 hingga 286

Ali-Imran
18 hingga 19

Al-'Araf
54 hingga 56

Al-'Araf
117 hingga 122

Yunus
81 hingga 82

Toha
69

Al-Mukminun
115 hingga 118

As-Soffaat
1 hingga 10

Al-Ahqaaf
29 hingga 32

Ar-Rahman
33 hingga 36

Al-Hasyr
21 hingga 24

Al-Jin
1 hingga 9

Al-Ikhlas

Al-Falaq

An-Naas

Untuk membaca Al Quran sambil mendengar sila buka fail Ayat Ruqyah yang mengandungi ayat-ayat Al Quran penuh di atas bagi FAIL MP3 RUQYAH1.
Jika tidak dapat baca tulisan ayat Quran pada MS Word tersebut sila install fail "Quran in Word" dulu.
Khasiat Ayat Ini :-
Simptom atau kesan yang mungkin terjadi selepas mendengar bacaan ayat-ayat Ruqyah ini,

1) denyutan jantung makin kencang

2) badan bergegar

3) ada benda bergerak-gerak bawah kulit

4) mengantuk/menguap

5) batuk

6) gelisah

7) panas di tengkuk

Selepas mendengar ayat ini, InsyaAllah dapat menghalau jin yang berada dalam tubuh kita. Penjelasannya adalah mudah, jin yang berada dalam tubuh kita akan bergerak melalui saluran darah kita,ayat-ayat ruqyah syariah ini pula amat mustajab dalam menyakiti mereka, lalu mereka akan kucar-kacir dalam darah kita lalu menyebabkan degupan jantung kita bertambah kencang.

Bagi pesakit-pesakit sihir pula, jin dalam badan akan membuatkan kita mengantuk apabila mendengar mp3 ruqyah syariah ini. Dan bagi kes saka, kita akan terasa panas ditengkuk.

Dengan mendegar mp3 ini, InsyaAllah mampu menyembuhkan penyakit - penyakit misteri antaranya :-

- Fikiran runsing/jiwa gelisah

- Menyembuhkan penyakit histeria, sihir dan saka

- Mengusir jin didalam badan, rumah dan premis perniagaan

- Ketengangan dalam rumahtangga

- Menyembuhkan anak-anak yang menangis malam

- Penambat kasih sayang antara anak dan ibubapa

- Anak-anak mudah mendengar kata orang tua

- Menguatkan hafalan dan pembelajaran

- Membuatkan minda lebih positif dan fokus terhadap kerja dan pembelajaran

- Membersihkan aura diri dan menyahkan energi-energi negatif dari badan

Cara Menggunakan Mp3 Ini :

RUQYAH MP3 ini amat bagus diperdengarkan 3 kali sehari bagi mereka yang mengalami pelbagai penyakit gangguan jin, kerana fadhilat ayat2 tersebut amat mustajab bagi mengusir jin2 jahat/sihir serta memagar diri kita. Selain itu pesakit juga kena baca banyak-banyak dalam hati tak kira masa dan tempat zikir 'THO HA' (surah taha ayat 1). Kesannya semasa membaca zikir itu adalah perut akan terasa mual dan seterusnya sendawa…Ini petanda segala jin-jin dalam tubuh kita beransur-ansur keluar…InsyaAllah..

Cara Khusus Untuk Tujuan Tertentu :-
1) Bagi kesihatan diri dan keluarga,pasangkan cd/mp3 ini didalam rumah/premis perniagaan 3x sehari atau pasangkan dari malam sampai pagi (auto repeat).

2) Bagi pesakit gangguan jin, dilarang memasangnya didalam kereta, kesannya akan mengakibatkan kita mengantuk dan mengganggu pemanduan.

3) Bagi anak-anak yang menangis di waktu malam,anda perlu pasangkan dengan kuat, InsyaAllah jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda.

4) Untuk merawat histeria, sihir, saka dan lambat jodoh, sediakan 3 botol besar air mineral, buka penutupnya dan pasangkan cd/mp3 ruqyah ni 3round sebelah air tadi (kira-kira 1jam 20minit). Air tadi dibuat minum seteguk untuk 3x sehari dan lakukan hari berikutnya sehingga air tadi habis. Tiap-tiap lepas solat perlu baca qursy 3x dan al insyirah 3x secara istiqomah. Kemudian sebelah malamnya pula, cd/mp3 ruqyah ini hendaklah dipasang dari malam sampai pagi selama sebulan.

5) Bagi memulihkan rumah/premis perniagaan yang bermasalah, cuma pasangkan 3x sehari untuk 3hari berturut-turut.

6) Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat, perdengarkan cd/mp3 ruqyah ini 3x sehari, InsyaAllah kita akan cergas dan kembali bersemangat.

*PERHATIAN

SEMUANYA ADALAH DARIPADA ALLAH, HANYA ALLAH YANG BERKUASA ATAS SEGALA-GALANYA. KITA HANYA BERUSAHA HANYA ALLAH YANG MENYEMBUHNYA. DARIPADA ALLAH KITA DATANG DAN KEPADA ALLAH KITA KEMBALI AMIN YA RABBAL 'ALAMIN.

Sila Klik di bawah utk Muat Turun Rawatan Islam

4shared.com /file/200011942/fa7c59e4/Rawatan_Islam.html

Sebarkanlah kepada yg memerlukan sama2 lah kita berkongsi apa yg baik bagi memanjangkan pahala yg bakal dibawa ke akhirat nanti.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More