Statistik


View My Stats

Tuesday, December 1, 2009

Nukilan Untuk Permata Hatiku

Kepada isteriku yang tercinta terima kasih atas segalanya, pengorbananmu, kasih sayang mu, aku kosong tanpa mu, kita saling memenuhi, aku sentiasa merindui helai tawamu walau duduk bersebelahan sekalipun, walau kadang kala ada ranjau dan duri dalam melayari usia perkahwinan kita yang masih muda, ku harap kita dapat lalui bersama hari-hari mendatang dengan tabah, penuh kesabaran,insyaallah inilah yang dipanggil alam rumah tangga suka duka dikongsi bersama,penuh dengan cabaran dan dugaan,semoga dengan kehadiran cahaya mata kita yang pertama ini menjadi penguat cinta suci kita berdua..........

kau yang sentiasa ku sayangi~Zurainfarah Zulkefli.
LUV U...mmmmmmmmmmmmmuuuaahhhhhh:)



28hb November 2009 ~ 1st wedding anniversary

Sunday, September 20, 2009

Salam Aidilfitri & Maaf Zahir Batin

Tahun ni 1st time raya umah mak mertua da,rasa seronok gak,pagi td aku tebangun lewat skit,ini semua tgk bola malam td punya pasal (Liverpool vs West Ham), pg2 perut lak buat hal, sampai2 masjid Taman Damai Pontian ni da stat solat sunat raya, nasib baik sempat juga Alhamdulilah..

Kesempatan ni aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Kepada semua sedare maraku,kawan-kawanku, kepada mereka yg mengenali diriku ini & semua umat islam, ampun dan maaf dipinta andai pernah terbuat salah dan silap yg sengaja atau tidak,halalkan makan minum ku,semoga kalian berada dalam keredhaanNYA sentiasa...AMIN!
Assalamualaikum...
Ikhlas dari


Ungku Hadi & Zurain Farah

Saturday, September 5, 2009

Tazkirah Ramadhan - 6 perkara Allah sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu

Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik
daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud

.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada
Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang
bermaksud.


"Wahai Jibrail, kamu telah
menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh,dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zamannanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.’

Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamumengerjakan solat bukan atas perintahKu."


Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan
kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan
syurga
Ma’waa sebagai tempat tinggal…"

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga
Ma’waa.


Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbangla malaikat
jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata
dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya,
atau sepertiganya, atau seperempatnya?
"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau
kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan
kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti
yang
telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh
dari
beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan…. ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan… Sesungguhnya Allah
S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

1) Allah S.W.T telah menyembunyikan redhaNya dalam taat.
2) Allah S.W.T telah menyembunyikan murkaNya di dalam maksiat.

3) Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam
Al-Quran.

4) Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam
bulan Ramadhan.
5) Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling
utama di dalam solat (yang lima waktu).
6) Allah S.W.T telah
menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

Tuesday, August 11, 2009

Sebelum, Semasa & Sekarang....

Sebelum....(super impose signage proposal untuk Akademi Sains Malaysia)



Semasa
....(kerja pemasangan)


Sekarang......
try lalu depan bulatan Bank Negara, cuba tengok ade ke tak??

Moral of da story mory glory Man United adalah seperti berikut :
1 ) Sesape nak buat Signage, interior design, display and furniture, x paham2 lg,roger la aku;)
2) Jangan sesuka pasang signage tanpa kebenaran pihak bekuasa..saje je kena lempang kang...
3) Jangan tepek stiker pada signage2 awam(biasenye stiker iklan peminjam duit haram-along,angah atau abg cik,ape kejadah korang ni nyusahkan pengguna jln raya)
4) Sila tanggalkan semula bunga mangga yang dipasang di signage untuk tujuan pemetaan ke rumah pengantin setelah abis kenduri
5) Cintai PAPAN TANDA.....(teringat masa aku jadik fasilator Mingggu Wawasan Siswa kt Kolej dulu, sorg freshie ni nak mintak sain aku untuk tugasan berkumpulan, igt senang2 je nak dapat haha ha kan da x pasal2 kena cium & jerit I LUV U kuat2 kat papan tanda kolej dulu baru dapat sain aku wahaha)

Saturday, July 18, 2009

Ovarian cysts

Alhamdulillah wife aku selamat dibedah @ Tawakal Hospital pada 26hb Mac 2009 lalu, pembedahan ambil mase 3jam( masuk kul 9pg kuar dalam kul 12 thghari) untuk buang Ovarian cysts yg berada di kedua2 belah ovari, terima kasih kepada doktor bertugas (Dr. Jaafar~ orgnya soft spoken,rilex je) aku x lupe ayat die bila aku tanya ape sebab Ovarian cysts ni leh jadi??dgn tenang dia jawab KUASA TUHAN..huh tekedu aku jap alangkah padat dan bernasnya jawapan dia, ape pun syukur kehadrat Ilahi semuanya selamat..stay kt spital 3d2n, thanx a lot Dr n jururwat yang betugas:)

yg ni belah kanan besar lbih kurang 11cm x 5cm

ni belah kiri ( 4cm x 3cm)

Sekadar info untuk korang ape sebenarnya Ovarian cysts ni :-
Ovarian cysts are sacs filled with fluid or a semisolid material that develops on or within the ovary.

Biasanya, ovarian cysts are functional (bukan berkait dengan sesuatu penyakit) dan akan hilang dengan sendirinya. Beberapa hari sebelum ovulasi, follicle di ovari yang mengandungi telur untuk persenyawaan akan tumbuh. Kadangkala follicle yang sepatutnya pecah ini tidak berbuat sedemikian.

Air yang terkandung di dalam follicle ini, tidak diresap kembali dan jadilah ia sebuah cyst (seperti bisul). Functional cysts ini selalunya akan hilang dalam masa 60 hari tanpa rawatan dan memang kerap terjadi dikalangan wanita2 yang baru menempuh puberty hinggalah hendak mencapai menopause.

Oral contraceptive pills (pill cegah hamil) may be prescribed to help establish normal cycles and decrease the development of functional ovarian cysts.

Functional ovarian cysts are not to be confused with other disease conditions involving ovarian cysts, specifically benign cysts of different types that must be treated to resolve, true ovarian tumors (including ovarian cancer), or hormonal conditions such as polycystic ovarian disease.

Ovarian cysts that do not appear to be functional may require surgical removal by laparoscopy or exploratory laparotomy. Surgical removal is often necessary if a cyst is revealed that is larger than 6 centimeters or persists longer than 60 days.

Other medical treatment may be recommended if other disorders are found to be the cause of ovarian cysts, such as polycystic ovary disease.

Sepetang @ Tugu Negara

Cuaca agak mendung di suatu ptg hujung mgu, tiba2 wife aku ajak kuar..borink katenye, aku cm biase bersuar pendek sambil mengadap PC dalam bilik..mengeluh kecil (aduh nk ujan ni,nk kuar pi mane lak la,duk je la umah layan TV kan ke lg best x pun tdo je), setelah dipujuk rayu aku on..aha satu hal kt KL ni aku da xtau nk pi mane da..rasenye semua tmpat da pegi..pusingnye pusing leh tegerak lak nk ke tugu negara, cantek gak memandangkan aku pun belum penah melawat tmpat bsejarah ni...


sampai cuaca da camni, punya la gelap smpat aku merakam mnggunakan pon enset (nokia n95),hurmm kire ok la kualiti pic nikan eheeee promote enset lak (wife aku keje nokia authorized centre so sesape nk beli enset NOKIA ORI, leh la ke opis dia @ pekeliling biz center, nak murah?? aha yg ni aku x sure dpt ke x ahahaha)...


x sampai bape minit ujan pun turun lebat giler hampir sejam menakung dengan xde payung..adus nk bejalan ke keta jauh lak (mmg basah kuyup klu redah)..time nila aku tepikir alangkah bagusnya klu duk je kt umah melayan intenet sambil minum secamca kopi di susuli pula dengan satu set roti bakar..ahahahaha;)

Wednesday, April 8, 2009

Pati jus Roselle dengan madu (PERSADA JUICE)


Persada Juice Roselle, minuman kesihatan premium yang sedap dan menyegarkan dibuat daripada ekstrak Roselle yang segar dan diadun dengan madu, diperkaya dengan vitamin C, Fibre dan Iron, mempunyai banyak khasiat serta kebaikan untuk kesihatan tubuh badan kita.

kepada kekawan,sedarer marer,muslimin muslimat sekalian!!!
saya ada buat biz baru iaitu mengedar jus ROSELLE dengan MADU!!bukan pengedar madu ya..jgn salah sangka..Jus Roselle ni ade campuran madu antara yang terbaru...kualiti dan rasa 100% tulen dan sememangnya halal..diekstrak dari bunga roselle...nk tau lebih tntang roselle ni layari http://rosellejuice.blogspot.com


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More