AL-FATIHAH ALMARHUM SULTAN ISKANDAR IBNI ALMARHUM SULTAN ISMAIL
Gambar kenangan dgn Almarhum Tuanku (Raya 2007 Istana Pelangi)Berikut citer serba sedikit mengenai Almarhum. Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981.Tiga tahun kemudian pada 15 November 1984 baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.Berita mengenai kegeringan Sultan Iskandar diumumkan oleh Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad pada pukul 5 petang.
Almarhum merupakan putera ketiga Almarhum Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim dan cicinda kepada Bapa Johor Moden, Almarhum Sultan Abu Bakar.Sultan Iskandar, yang merupakan Sultan Johor keempat dalam sejarah Johor moden, menerima pendidikan awal di Johor Bahru, sebelum melanjutkan pelajaran ke Australia dan United Kingdom.Baginda yang merupakan Kolonel Yang Dipertua, Rejimen Perkhidmatan Khas Malaysia (Komando), sering kelihatan memakai uniform tentera pada upacara rasmi kerana minatnya dalam bidang ketenteraan.
Kami warga kerja Tebrau Patik mengucapkan salam takziah kepada semua kerabat dan rakyat Johor atas pemergian seorang pemimpin yang berjiwa rakyat. JOHOR,TANAH TUMPAH DARAHKU,KE MANA KU PERGI,TETAP DIHATI!!







1 comments:
Sembah Takziah kepada seluruh keluarga Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail
Post a Comment