Statistik


View My Stats

Sunday, March 14, 2010

Bila Komputer dan Internet di hujung kaki katil

Abah : klu nak on tekan ni, bila nak tutup browser tekan tanda x ni...

Itulah pesan Abah pada aku yang baru nak mengenali satu benda yg pada aku amatlah canggih, perasaan teruja dan giler jakun teramat untuk mencuba dan mula menggodam satu benda alah yang dinamakan KOMPUTER.
Masa tu aku berumur 14 tahun, hidup seperti budak2 sebaya sentiasa bz giler dgn dunia luar yg x abis2 untuk dteroka, minat dan kegilaan lebih kepada mengubahsuai basikal, basikal BMX lah, basikal mini kepala RXZ lah dan mcm2 lg gaye klu boleh nak transform basikal tu jadik kapal selam @ jet pejuang,dan inilah yg membuatkan aku sntiasa BZ mngalahkan ketua kg atau biro aduan rakyat setempat,dan x dlupakan komik Dragon Ball.

pic atas ni kt bukit perdana : pas subuh grak dr umah..mandi hutan lipur..ntah apa2 haha :))

Time ni dah up sket, main BMX..freestyler konon2nya tp hampeh 1 skill pun xtau buat hahaha~dan zaman ni lah mcm2 group basikal ade seingat aku = simpsons, cotia, ranggi..mcm2 lg lah, aku pun x bape igt..paling best time Sambutan Merdeka (31 Ogosl)pusing bandar, buat kecoh..DATARAN BP~pot bekumpul bg budak2 aku adalah depan Tabung Haji-Timah SariTugu @ Dataran Batu Pahat
pic ni kt tmpat letak keta Wira Court~lepas main game..lepak atas isap rokok (peh perangai jahat~dgn kate manjenye nakal hehe tp skang masing2 dah jadik 'ORANG' ape)

Klu kt Batu Pahat,Wira Court lah pot kami mghabiskan mase bermain game (tukar token lah) dan berfoya-foya (dah pandai ngurat awek) haha, skang ni mcm2 da ade BP Mall lah, Carrefour, Giant, x silap Eye On Batu Pahat pun nak buka kt BP hehe...(Batu Pahat dah maju,aku sgt berbangga).
Abah beli guna duit EPF x silap time tu ade skim tuk kluarkan EPF tuk beli Komputer, slogannya 1 rumah 1 komputer, skang ni 1 Malaysia lak, mcm2..ntah lepas ni ape lak slogan akn keluar.dan 2 pesan abah td amat aku igt kerana aku sgt takut jika tersalah tekan atau usik, buat nya komputer ni rosak masak aku, so bermulalah minat aku terhadap benda alah ni.

Hari berganti hari tahun berganti tahun, internet pula masuk time tu dial up klu nk connect ni bunyi dia satu taman boleh dgr hehe,hah satu lg benda baru yg mempunyai kaitan yg amat rapat diantara 1 sama lain iaitu CPU & Internet, bak kata pujangga ibarat aur dgn tebing.hah da ade intenet lglah, ehem!faham2 je lah ape yg budak tingkatan 5 cam aku buat bile intenet ade depan mate.mcm2 ada fuyooo haha...

Aku pun mula familiar dgn perkara2 komputer & online2 nih, chating2 ni tp aku amat x suke dgn kate lain benci tahap gaban nak sambung belajar atau menambil kos yg berkaitan komputer, sebab aku belajar Engineering di teknik.klu setakat nak guna bolehla, dan x sangka,betullah kate org tua benda yg kite x suke kdg2 akan jadik kt batang hidung sndiri, skang aku dah menggenggam segulung Ijazah dlm Sistem Maklumat.4 tahun belajar komputer akhirnya lps abis SPM hahaha...

Sekarang aku, komputer & internet ibarat aur dengan tebing, x dapat dipisahkan...dan terpaksalah diletakkan di hujung kaki katil supaya senang aku mengadap Facebook;)




Wednesday, March 3, 2010

10 amalan surah yang mujarab

AL-QURAN: 10 Surah yang Mujarab dari Nabi Muhammad s.a.w

SURAH AL-FATIHAH

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

SURAH YAASIN

Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

SURAH AD-DHUHAN

Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

SURAH AL-WAQI’AH

Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

SURAH AL-KHAUTHAR

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

SURAH AL-KHAAFIRUUN

Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

SURAH AL-MULK

Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur..

SURAH AL-IKHLAS

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : “Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya. ” Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”

SURAH AL-FALAQ

Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

SURAH AN-NAS

Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.

Thursday, February 4, 2010

KELAHIRAN PUTERA PERTAMA

Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi, segala puji bagiNya Tuhan sekalian alam, aku dengan rasminya telah bergelar seorang bapa/abah/ayah/daddy pada 30 Januari 2010, jam 3.54am,bermulalah dan bertambah lah lg tahap dlm siri kehidupan aku sebagai seoarang bapa kepada seorang bayi seberat 3.3kg bernama Ungku Amir Ziqri (nama org umah pilih).

Tuesday, January 26, 2010

BERITA DARI JOHOR

AL-FATIHAH ALMARHUM SULTAN ISKANDAR IBNI ALMARHUM SULTAN ISMAIL

KUALA LUMPUR,22 Januari 2010 - Mase tercatit kt received call H/P aku tepat pukul 3.25pm,aku sedang menghala ke Puduraya,jalan memang jem teruk di persimpangan bukit bintang. Seorang kawan sekolej mase d Johor Bahru yg jarang2 skali menghubungi aku call dan bertanya 'D ko x balik JB ke??'..aku menjawab terpinga2 ' haa balik JB buat ape??'..'Sultan gering skang ade kt Pakar Putri,Larkin' kata kawan aku Baber nama panggilannya sewaktu di kolej dulu, 'ish yeke..xtau pulak aku..' kami meneruskan perbualan dan aku faham kenapa kawan aku yg jarang call aku ni tetibe call aku kerana aku juga adalah kerabat Johor...dan aku masih tersangkut jem betul2 depan time square, duk kt sebelah abg ipar aku..'along'..ari ni dr pg aku grak dr Saujana Putra ke Tanjung Malim amik along aku kursus kt sane. Sebenarnya dlm perjalanan balik dr Tanjung Malim ke KL aku ade gk sembang2 pasal Kerabat Johor dgn along..gitulah citer nye cm mana aku dapat berita 'pertama' tentang Almarhum Tuanku...
Gambar kenangan dgn Almarhum Tuanku (Raya 2007 Istana Pelangi)

Bersama Sultan Johor yang baru ditabalkan (mase ni TMJ lg)...DAULAT TUANKU!!

Berikut citer serba sedikit mengenai Almarhum. Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981.Tiga tahun kemudian pada 15 November 1984 baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.Berita mengenai kegeringan Sultan Iskandar diumumkan oleh Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad pada pukul 5 petang.

Almarhum merupakan putera ketiga Almarhum Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim dan cicinda kepada Bapa Johor Moden, Almarhum Sultan Abu Bakar.Sultan Iskandar, yang merupakan Sultan Johor keempat dalam sejarah Johor moden, menerima pendidikan awal di Johor Bahru, sebelum melanjutkan pelajaran ke Australia dan United Kingdom.Baginda yang merupakan Kolonel Yang Dipertua, Rejimen Perkhidmatan Khas Malaysia (Komando), sering kelihatan memakai uniform tentera pada upacara rasmi kerana minatnya dalam bidang ketenteraan.

Semoga Roh Almarhum Tuanku Sultan Iskandar dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang2 yang beriman,Al-Fatihah...

Kami warga kerja Tebrau Patik mengucapkan salam takziah kepada semua kerabat dan rakyat Johor atas pemergian seorang pemimpin yang berjiwa rakyat. JOHOR,TANAH TUMPAH DARAHKU,KE MANA KU PERGI,TETAP DIHATI!!

Tuesday, December 1, 2009

Nukilan Untuk Permata Hatiku

Kepada isteriku yang tercinta terima kasih atas segalanya, pengorbananmu, kasih sayang mu, aku kosong tanpa mu, kita saling memenuhi, aku sentiasa merindui helai tawamu walau duduk bersebelahan sekalipun, walau kadang kala ada ranjau dan duri dalam melayari usia perkahwinan kita yang masih muda, ku harap kita dapat lalui bersama hari-hari mendatang dengan tabah, penuh kesabaran,insyaallah inilah yang dipanggil alam rumah tangga suka duka dikongsi bersama,penuh dengan cabaran dan dugaan,semoga dengan kehadiran cahaya mata kita yang pertama ini menjadi penguat cinta suci kita berdua..........

kau yang sentiasa ku sayangi~Zurainfarah Zulkefli.
LUV U...mmmmmmmmmmmmmuuuaahhhhhh:)



28hb November 2009 ~ 1st wedding anniversary

Sunday, September 20, 2009

Salam Aidilfitri & Maaf Zahir Batin

Tahun ni 1st time raya umah mak mertua da,rasa seronok gak,pagi td aku tebangun lewat skit,ini semua tgk bola malam td punya pasal (Liverpool vs West Ham), pg2 perut lak buat hal, sampai2 masjid Taman Damai Pontian ni da stat solat sunat raya, nasib baik sempat juga Alhamdulilah..

Kesempatan ni aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Kepada semua sedare maraku,kawan-kawanku, kepada mereka yg mengenali diriku ini & semua umat islam, ampun dan maaf dipinta andai pernah terbuat salah dan silap yg sengaja atau tidak,halalkan makan minum ku,semoga kalian berada dalam keredhaanNYA sentiasa...AMIN!
Assalamualaikum...
Ikhlas dari


Ungku Hadi & Zurain Farah

Saturday, September 5, 2009

Tazkirah Ramadhan - 6 perkara Allah sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu

Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik
daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud

.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada
Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang
bermaksud.


"Wahai Jibrail, kamu telah
menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh,dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zamannanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.’

Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamumengerjakan solat bukan atas perintahKu."


Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan
kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan
syurga
Ma’waa sebagai tempat tinggal…"

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga
Ma’waa.


Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbangla malaikat
jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata
dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya,
atau sepertiganya, atau seperempatnya?
"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau
kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan
kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti
yang
telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh
dari
beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan…. ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan… Sesungguhnya Allah
S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

1) Allah S.W.T telah menyembunyikan redhaNya dalam taat.
2) Allah S.W.T telah menyembunyikan murkaNya di dalam maksiat.

3) Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam
Al-Quran.

4) Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam
bulan Ramadhan.
5) Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling
utama di dalam solat (yang lima waktu).
6) Allah S.W.T telah
menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More